◦°°◦° °◦Sesuatu Yang Tertinggal◦°°◦° °◦


◕‿◕ 

☑☞ Bismillah pembuka pena nukilan puisi kehidupanku yang masih bergelar seorang pelajar tahun akhir jurusan Pemasaran di sebuah IPTA di malaysia... Kehidupan sebagai pelajar untuk menghabiskan diploma yang akan membuatkan MA dan ABAH serta keluargaku tersenyum bangga denganku... MA dan ABAH pernah berkata-kata kepadaku : Achik, ma dan abah bangga dengan achik dan adik-beradik yang lain... Abah dah cukup gembira bila anak-anak abah menjejakkan kaki ke IPT.

☑☞ Bangga pertama dengan abangku yang berjaya menapakkan diri di Uitm... seterusnya aku meneruskan kegirangan tersebut walaupun aku tidak berjaya menjejaki abangku di Uitm, namun aku bersyukur dapat menyambung di IPTA juga...

☑☞ Berusaha untuk menghabiskan pengajian, pelbagai liku-liku aku tempuhi... dan saat diari ini di tulis, aku sedang dalam persiapan menghadapi peperiksaan akhir semester lima.. Aku meninggalkan sekejap nota untuk mengisi luahan hati di blog ini....

☑☞ Berada di semester ke-lima, aku semakin sibuk dengan urusan harian, namun aku sangat bersyukur ahli kumpulan sangat mudah untuk memberi kerjasama... (terima kasih sahabat)... subjek yang paling di geruni adalah subjek "Marketing Research".. beberapa kali kertas kerja untuk laporan akhir penyelidikan di tolak, sedih, sakit, kecewa bermain di hati... tapi usaha masih tetap di teruskan... hinggalah ianya diterima...◦°°◦° °◦

☑☞ Aku selalu mengharapkan sesuatu itu sempurna...walau aku tahu semua benda tak sempurna... apatah lagi aku cuma manusia biasa yang senantiasa membuat kilaf. Aku ingin berjaya...... kerana untuk kesekian kali, aku ingin melihat air mata orangtua ku berderai kerana aku disebabkan kejayaan aku... bukan lagi kerana dosa dan kenakalanku...

☑☞ Setiap yang manis, akan ada pahitnya.. seperti orang lain, aku juga merasa pahit itu dalam kehidupan.. sepanjang berada di sini untuk menghabiskan pengajian, pahit itu aku dapat merasakan untuk setiap semester... Antara aku memberi rasa pahit dan aku diberi rasa pahit...

☑☞ Dalam aku mencuba menjadi seorang manusia yang lebih baik..... Disaat aku memerlukan dorongan kawan-kawan terdekat untuk memberi galakan,..... sebaliknya Hampa... Sindiran, Umpatan, Cemuhan yang aku dapat.... Meski itu yang aku dapat, aku sedar akan kekilafan aku... Mungkin ini balasan di atas kekilafan aku dahulu... Aku Terima itu... Ya Allah... Aku Perlu HidayahMU untuk membantu aku menuju jalanMu...

☑☞ Namun, terima kasih kepada sahabat jauh yang sangat meyokong aku... Demi Allah, aku insan hina yang ingin menjadi hamba yang solehah... tapi bagaimana untuk aku berubah andai cemuhan yang menghiasi telinga... Bila mencuba, sindiran yang menggagalkan... Bila berbuat baik, kawan syaitan yang memberi kata-kata umpatan... Harus bagaimana lagi...

☑☞ Aku menyesali akan hal itu... Aku menangisi tentang kesakitan itu...Dan aku cuba bangkit dari kegagalan yang lalu... Allah, aku perlukanMU... Allah, aku berlindung atas namaMU... Allah, aku ingin dakapan hidayahMu... Allah, aku perlu sinar cahayaMu... Allah, Hidup dan Matiku...akan aku cuba ia hanya untukMu... kerana aku sedar... sebagai hamba, sepatutnya hidup dan matiku hanya untukMu...Wahai Sang Pencipta...

◦°°◦° °◦KepadaMu Allah...Aku perlu petunjuk untuk membawa aku menuju jalanMu...
◦°°◦° °◦Kepadamu bakal imamku, terima kasih atas bimbingan dan nasihat selama ini...
◦°°◦° °◦Kepada sahabat2, terutama abang wan, zura, dan keluargaku... 
◦°°◦° °◦Terima kasih kerana mendoakan perubahan positif tentang diriku... 



No comments:

Post a Comment