Berkahwin, Bersediakah aku....???








     Kahwin, kahwin, n kahwin... dengarnya memang seronok, tapi aku pasti untuk mengharunginya tidaklah semudah yang dilihat. Mempunyai jiran yang masih muda dan 'sporting' serta telah berumahtangga memberiku sedikit peluang untuk melihat kahidupan mereka, ku lihat pada dasar atau secara fizikalnya, mereka sangat bahagia. Pada sebelah pagi, sang suami menggunakan motosikal untuk menghantar anak sulung mereka ke sekolah rendah, manakala isterinya menggunakan kereta untuk menghantar 2 lagi anak mereka ke sokalah tadika dan rumah pengasuh. Bekerja ditempat yang sama, sememangnya suatu yang senang kerana tiap2 hari boleh monitor antara satu sama yang (buka busy body, tp xpelah dorangkn suami isteri).

     Itu kisah dorang, tapi aku, pelajar tahun akhir (semester 5 sesi jun 2012) menuntutku banyak berkorban dari segi masa dan kerahan minda. sesi disember 2012 nanti,  aku adalah pelajar semester akhir PTSB bagi program Diploma Pemasaran. tentang pelajaran, walaupun boleh dikatakan setakat ini "OK", namun tahap waspada harus dan  mesti wujud dalam diri. kadang2 aku lalai dalam menjalankan tanggungjawabku sebagai pelajar, namun syukur insan yang kucintai selalu mengejutku dari kelalaian tersebut. (ThanksMy Hubby { future Hubby}). 










     Masuk bab ingin berkahwin, aku memang tak sabar nak kahwin sebab inginkan zuriat. Aku memang terlalu suka pada kanak2 terutama bayi yang maish kecil. Namun, timbul persoalan bersediakah aku untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar. Bakal Imamku telahpun tamat belajar pada bulan Jun yang lepas dan telah bekerja di tapak projek Petronas di Paka, Terengganu sebagai chargeman. Kami merancang untuk mendirikan rumahtangga sekitar 2 tahun lagi. Dan syaratku kepadanya sekiranya dia ingin menikahiku adalah mesti mempunyai 3 kunci. 

Apakah 3 kunci tersebut??? 

*    Kunci Pertama ialah kunci pekerjaan. Dimana  bakal suamiku mesti mempunyai                                                                   pekerjaan tetap. Yelah, jaminan untuk masa depan aku dan anak2 aku.

*    Kunci Kedua ialah kunci kenderaan. Aku tak kisah kalau dia nak guna motor, tapi  dengan aku mesti ada kereta. Bukan apa, nanti nak balik kampung, untuk perjalanan jauh, lebih2 lagi bila ada anak, kereta sangat diperlukan. Bukan Kehendak, tapi keperluan.

 *    Kunci Ketiga ialah kunci rumah. Semestinya, jangan berkahwin selagi tidak mempunyai rumah. kalau aku, aku tak kisah kalau mula2 kahwin tinggal kat rumah sewa, tapi jangan selama-lamanya lah. Susah nanti. 




            Perkahwinan dalam Islam merupakan suatu tuntutan dan kewajipan dalam pembinaan masyarakat yang unggul. Oleh itu Allah Subhanahu wa Taala telah mesyariatkan perkahwinan sebagai satu-satunya jalan keluar kepada pelbagai perkara. Penulisan ini akan menjuruskan kepada Pensyariatan kawin segara. Ia tidak bermaksud kahwin dibawah umur mengikut undang-undang yang berbeza disetiap negara, walaupun disana terdapatnya syariat yang membolehkan perkara tersebut. Tiada sempadan umur layak berkahwin dalam Islam melainkan mengikut keadaan sesuatu masyarakat.
       Usia "Shabab" atau belia-remaja adalah paling sesuai untuk memdirikan rumahtangga berdasarkan seruan Rasullah SAW :يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج (Wahai golongan pemuda, berkahwinlah..) disamping pada usia inilah tenaga, kekuatan dan kehendak seseorang itu terkumpul. Oleh itu Rasullah SAW juga menyaran agar pasangan memilih diantara mereka yang muda kerana masing-masing akan melayan kehendak pasangan, melaksanakan tanggungjawab rumahtangga. Bagi wanita pula, inilah masa melahirkan zuriat penyambung genarasi. 









































No comments:

Post a Comment