❀◕ ‿ ◕❀ Indahnya menjadi Wanita Solehah ❀◕ ‿ ◕❀



          Firman Allah :
"Wahai Nabi, Suruhlah isteri-isterimu, anak-anak
perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman supaya     melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka di kenal  (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak di ganggu.   Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun dan Maha Mengasihani".
                                        (Al-Ahzab : 59)



Dari Abdullah b Amru katanya :
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
Dunia ini barang yang berguna (menyenangkan) dan barang berguna yang paling baik
ialah wanita yang solehah

(Hadis sahih riwayat Muslim)




                
                 Dari Abdullah bin 'Umar r.a. katanya: 
Bersabda Rasulullah s.a.w.:
"Hai kaum wanita, berdermalah kamu dan perbanyakkanlah meminta ampun,
kerana saya lihat jenismu yang terbanyak dari isi neraka.
Maka bertanya seorang wanita yang cerdik, katanya : "Ya Rasulullah,
apakah sebab kebanyakkan kami ahli neraka?" Jawab Rasulullah s.a.w. :
"Kaum wanita suka mencerca dan mudah melupakan jasa suami,
dan saya tidak melihat di antara orang-orang yang kurang pendandan dan agama
yang merusakkan jiwa seorang lelaki cerdik dan cermat , lebih dari kaum wanita"
Katanya pula: "Apakah yang dimaksudkan kurang pandangan dan kurang agama?"
Jawab Rasulullah s.a.w. : "Adapun yang dimaksudkan kurang pandangan ialah
kesaksian dua orang wanita sama dengan seorang lelaki,
dan wanita tidak sembahyang beberapa malam dan tidak berpuasa dibulan
Ramadhan , inilah maksud kurang agama".

(Hadis sahih riwayat Muslim)



 Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.

 Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat. 

 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

 Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

 Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.

❀ Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

❀ Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

❀ Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.








Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.







No comments:

Post a Comment