Solat
merupakan tiang agama bagi seseorang mukmin. Ibarat sebuah rumah, jika tiada
tiang yang kukuh maka akan roboh lah rumah itu.
Rasulullah
S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang memelihara solat, maka
solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa
yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi
petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul
Mahaarim).
Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :
2.
Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
3.
Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
4.
Orang lelaki yang melarikan diri.
5.
Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
6.
Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
7.
Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
8.
Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
9.
Orang-orang yang suka makan ‘riba’.
Hassan
r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan
perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak
mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan
semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”
Wallahua’lam.
#Sumber
No comments:
Post a Comment