Sebuah Cinta Adalah Untuk Selamanya.




Cinta sejati mendengar apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan, sebab cinta tidak datang hanya dari bibir dan lidah atau fikiran melainkan dari HATI yang suci.

Ketika kita mencintai seseorang, jangan mengharapkan balasan kerana jika tidak, kita bukan mencintainya tetapi membuat satu pelaburan dalam hidup.

Jika kita mencintai, kita harus bersedia untuk menerima penderitaan. Kerana jika kita hanya mengharap kebahagiaan, itu bukan mencintai melainkan memanfaatkan.

Menghilangan ego untuk seseorang yang dicintai adalah lebih baik daripada terpaksa kehilangan seseorang yang sangat kita cintai, kerana ego itu tiada gunanya.

Sangat sukar bagi pasangan yang mencintai satu sama lain tetapi berlainan dunia untuk bersama, namun apabila kedua dunia ini dapat disatukan itulah yang disebut KEAJAIBAN CINTA.

Jangan mencintai seseorang seperti bunga kerana bunga akan mati kala musim berganti, cintailah seseorang seperti angin kerana angin bertiup selamanya.

Jangan pernah takut untuk jatuh cinta walaupun ada kemungkinan akan menyebabkan kita sakit dan menderita, jika kita mengikut kata hati pastinya kita dapat menghadapi sebarang kemungkinan. Lebih baik menangis kerana putus cinta daripada  menangis kerana tidak pernah memberi dan menerima cinta dalam hidup.

Cinta itu sesuatu yang sangat indah seandainya cinta itu dijaga, menerima dan memberi cinta dengan ikhlas. cinta untuk dinikmati dan dikongsi. Hargailah cinta selagi ia  masih mampu bernafas dihadapan anda. Sesalan tidak akan ada gunanya seandainya kita tidak menghargai cinta sewaktu cinta itu berada dihadapan kita. 

No comments:

Post a Comment